Meta Ads Skill
Kembali
Undang-undang

Terma & Syarat

Dikemas kini 24 November 2026

Terma ini meliputi penggunaan laman ini dan pembelian skill Meta Ads Basic dan Advanced untuk Claude. Sila baca sebelum membeli.

(01)Tentang terma ini

Laman ini dikendalikan oleh Citrus Arc Studio (SSM 202503267271 (003780123-A)), sebuah perniagaan di Selangor, Malaysia. Dengan menggunakan laman ini atau membeli produk kami, anda bersetuju dengan terma ini.

(02)Produk

Kami menjual skill untuk Claude (produk AI oleh Anthropic) dalam bentuk fail digital (.zip):

  • Meta Ads Basic — percuma untuk dimuat turun.
  • Meta Ads Advanced — bayaran sekali, pada harga yang dipaparkan di laman semasa anda membeli (termasuk harga pelancaran, jika ada). Harga dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Skill memberi panduan dan draf. Ia tidak log masuk, menyiarkan atau mengubah akaun iklan anda.

(03)Bayaran

Bayaran diproses oleh CHIP (FPX, kad dan e-wallet). Kami tidak menerima atau menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.

Pembelian dianggap selesai apabila CHIP mengesahkan bayaran telah berjaya.

(04)Penghantaran

Selepas bayaran berjaya, anda boleh memuat turun fail terus dari halaman terima kasih, dan kami menghantar fail yang sama ke emel yang anda berikan.

Jika anda tidak menerima fail dalam masa 24 jam, hubungi kami di hello@citrusarc.studio atau WhatsApp dengan emel yang anda guna semasa bayar.

(05)Lesen

Meta Ads Advanced dilesenkan kepada pembeli. Anda boleh:

  • menggunakan dan mengubah suai skill untuk bisnes anda sendiri
  • menggunakannya untuk kerja client anda sendiri

Anda tidak boleh menjual semula, berkongsi, memuat naik atau memberikan skill ini atau salinan yang diubah suai kepada orang lain.

Meta Ads Basic bebas dikongsi.

(06)Polisi bayaran balik

Oleh kerana Meta Ads Advanced ialah produk digital yang dihantar serta-merta dan tidak boleh dipulangkan, semua jualan adalah muktamad. Kami akan membuat bayaran balik penuh jika:

  • anda dicaj tetapi tidak menerima fail, dan kami tidak dapat menghantarnya dalam masa 3 hari bekerja selepas anda menghubungi kami
  • anda dicaj lebih dari sekali untuk pembelian yang sama
  • fail rosak atau tidak boleh dipasang, dan kami tidak dapat membaikinya atau menggantikannya dalam masa 7 hari

Buat permohonan dalam masa 14 hari selepas pembelian melalui hello@citrusarc.studio atau WhatsApp, bersama emel yang anda guna semasa bayar. Bayaran balik dibuat ke kaedah bayaran asal melalui CHIP, biasanya dalam 7–14 hari bekerja.

Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

(07)Tiada jaminan keputusan

Skill memberi panduan am tentang iklan Facebook dan Instagram. Ia bukan nasihat undang-undang atau kewangan, dan kami tidak menjamin sebarang keputusan iklan atau jualan. Keputusan bergantung pada produk, tawaran, harga, kreatif dan pasaran anda.

Kebolehan menggunakan skill bergantung pada Claude. Ciri dan plan Claude ditentukan oleh Anthropic dan mungkin berubah.

Kami tidak bersekutu dengan atau disokong oleh Meta Platforms, Inc. atau Anthropic. Facebook, Instagram, WhatsApp dan Meta ialah tanda dagangan Meta Platforms, Inc.

(08)Had liabiliti

Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami bagi apa-apa tuntutan berkaitan pembelian terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk produk tersebut. Tiada apa dalam terma ini mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dihadkan di bawah undang-undang Malaysia.

(09)Privasi

Cara kami mengendalikan data peribadi diterangkan dalam Polisi Privasi kami.

(10)Perubahan dan undang-undang

Kami mungkin mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa; tarikh di atas menunjukkan bila kali terakhir ia berubah. Pembelian tertakluk kepada terma yang berkuat kuasa pada masa pembelian.

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

(11)Hubungi kami

Ada soalan? Emel hello@citrusarc.studio atau WhatsApp.